Friday, October 23, 2009

Pengenalan Kecederaan Sukan & Bantu Mula (Praktikal)

Date : 8 September 2009 (Selasa)
Tempat : Cafe belakang Kolam Renang Uitm
Masa : 5.15 p.m - 6.45 p.m
Bil : 7 org ahli
Jurulatih : En .Muiz

Lanjutan bg kelas first aid diadakan pd hari tersebut. Kali ini, kami belajar tentang kain anduh secara praktikal. Oleh itu, setiap ahli telah diminta utk membawa kain anduh masing-masing dan diberikan handout mengenai jenis-jenis rawatan yang boleh dilakukan menggunakan kain anduh.

Sebelum memulai kelas, En. Muiz memberi penerangan pd kami bahawa yang paling penting dalam memberi bantuan kecemasan kpd mangsa adalah kita perlu tahu/ menyedari kemampuan dan kebolehan kita sama ada mencukupi utk membantu dan menyelamatkan mangsa agar kecederaan mangsa tidak menjadi semakin parah.

Antara jenis rawatan yg kami pelajari adalah :

  • Pembalut tangan dan kaki
Kain anduh digunakan utk meneguhkan pembebat pd tgn atau kaki yg cedera/berdarah.

  • Pembalut Kepala
Kain anduh juga boleh digunakan utk memegang pembebat yg ringan pd kepala yg cedera. Kaedahnya adalah :
  1. Lipat kelepet kain anduh pd dahi mangsa sebelum memulakan pembalutan.
  2. Silangkan hujung pembalut di belakang kepala.
  3. Kemudian, selitkan hujung simpulan buku sila di bwh simpulan jika tidak dpt menggunakan pin ketika itu.
  4. Bg lebihan kain anduh di bhgian blakang mangsa, anda perlulah menyusun dgn kemas dan selitkannya di antara simpulan.
  5. Semasa melakukan rawatan ini, hendaklah pastikan mangsa duduk dan teguhkan kepala mangsa utk mudahkan proses membalut kepala mangsa.
- Salah seorg ahli mencuba melakukan pembalut kepala kpd rakannya.








- Contoh bagaimana pembalut kepala kelihatan dr pandangan belakang.


  • Selain itu, anda juga boleh meletakkan satu ring ( kain anduh di lilit sehingga menjd bentuk 'donat' yg kecil) dan letakkannya pd spot yg cedera sebelum membalut kepala mangsa.
  • Sling Lengan
Ianya digunakan utk menyokong lengan dan pergelangan tgn yg cedera atau menopang berat lengan yg terkehel.

Cara-cara rawatan :
  1. Letakkan pembalut antara lengan dan dada.
  2. Ikat satu simpulan buku sila di antara bhgian leher.
  3. Selitkan hujung pembalut di bawah simpulan dengan kemas jika anda tidak menggunakan pin.
  4. Malah, biarkan hujung jari terdedah utk pemeriksaan peredaran darah.
  5. Selain itu, anda juga boleh menggunakan sebarang bahan yg keras utk menampung tgn yg cedera sebagai tuas. Contohnya seperti buku.
  • Sling Pengangkat
Digunakan utk menopang lengan dlm kes-kes kecederaan tulang selangka atau bahu. Cara- cara rawatan hampir sama dgn sling lengan namun terdpt perbezaan di mana, tgn mangsa perlu diangkat lebih tinggi sehingga ke bahu bg memudahkan ditopang gunakan sling jenis ini.


  • Tambahan lg, En. Muiz menunjukkan bagaimana kita perlu mengangkat mangsa yg lemah utk dibawa ke tempat yg lebih selamat.
Terdapat 2 cara iaitu :
  1. Anda perlu mengangkat mangsa dengan menolak kaki kanan mereka ke atas dan pd waktu yg sama meletakkan badan mangsa di ats bahu anda. Jd mangsa akan diangkat oleh anda.
  2. Anda dan rakan akan menggunakan kedua-dua belah tgn anda dan menyambung serta membentuknya seperti kerusi bg mangsa duduk. Jadi, anda dgn rakan akan mengangkat mangsa.
















Sepanjang proses ini, setiap ahli perlu mencuba dan mempraktikkan semua kaedah yang diajar oleh En. Muiz ke atas ahli rekreasi yang lain.

Sunday, October 11, 2009

aBSEILING






ABSEILING
28/09/2009

Pada minggu ini plak kami melakukan aktiviti 'abseiling' menuruni cerun bukit.Aktiviti ini telah menggabungkan kelab rekreasi tahap 1 dan juga tahap 2..
'Abseiling' merupakan aktiviti menuruni kawasan tinggi ke kawasan rendah dgn menggunakan tali..Namun sebagai langkah keselamatan,belayer akan bertangungjawab membantu individu itu pada masa2 kecemasan bg elakan kemalangan (tergelongsor). Antara peralatan2 yg digunakan:
  1. Tali carmantle dinamik
  2. Harness
  3. Sling
  4. Carabiner
  5. Figure of eight
  6. Helmet
  7. Glove

IKHTIAR HIDUP..DI UiTM..





16/10/2009

pasukan rekreasi telah di bahagikan kpd 4 kump...
tujuannya supaya tiap2 kump. menyediakan makanan...temanya ialah sarapan...
  • syarat2 nya mst bersih n sedap...
  • setiap kump. mst bawa bahan2 untuk masak yang secukupnya..
  • partandingan ini diadili oleh syef EN. MUIZ...hehe
  • masa sejam di sediakan untuk masak.
masing2 menunjukkan bakat terpendam...ada yang bawak resepi mak pn ada.....bujang pn ada...dan ada yang terselah bakatnya masa menghiaskan pinggan untuk makanan...

syabas diucapkan kpd semua yang telah menjaykan program ini..
disini ada beberapa gambar semasa aktiviti...

Tuesday, October 6, 2009

IKHTiAR hiDuP



IKHTIAR HIDUP DI HUTAN

Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.

Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat.

Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan.

Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya.

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:

. Khemah, beg tidur dan tikar getah
. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

Peralatan Ikhtiar Hidup

Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.
Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:

. Macis, pemetik api dan parang
. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan

Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

Peralatan Terpenting

Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah:

. Macis atau petik api
. Parang

Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.

Membina Perlindungan

Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran.

Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai.

Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung.

Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya

Mencari Air dan Makanan

Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.

Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya.
Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar.

Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan.

Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu.

Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.

Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.

Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di
kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan.

Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.

Menyedia Api

Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki.

Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayusebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api.

Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api. Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.

Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras.

Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.

Memasak

Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan.

Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.
Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

Menunggu Bantuan

Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.

Mencari Jalan Keluar

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan.

Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

ORIENTEERING



ORIENTEERING ASAS

PENGENALAN

- Orienteering merupakan sejenis sukan dimana peserta dan menggunakan perkiraan yang tepat dan panduan-panduan diatas peta dengan bantuan kompas untuk mengesan sesuatu kedudukan
- Merupakan satu sukan rekreasi yang memerlukan perserta mengemudi dirinya sendiri, berjalan atau berlari
- Memerlukan anda berfikir secara pantas
CABARAN FIZIKAL DAN MENTAL

- kemahiran membaca peta merupakan elemen penting dalam aktiviti ini
- Orienteering adalah sesuatu aktiviti yang memerlukan keseimbangan fizikal dan mental.
- Pemilihan laluan adalah berdasarkan peta.
SUKAN UNTUK SEMUA

- Ia sesuai disertai oleh semua lapisan masyarakat
- Suatu riadah yang ringan
- Terpulang kepada bagaimana cara seseorang mengambil bahagian
GELANGGANG ALAM SEMULAJADI

- Orienteering dijalankan di kawasan hutan
- Kawasan yang dipilih hendaklah sesuai dan selamat
- Kawasan yang paling sesuai adalah ladang getah atau kelapa sawit.
BAGAIMANAKAH ORIENTEERING DISERTAI

- Di dalam sesuatu acara, anda perlu mendaftar atau memilih landasan yang sesuai mengikut tahap
- Setelah peserta diberikan peta, kedudukan titik perlu disalin dari petak utama.
- Apabila sampai ke titik kawalan, anda perlu menebuk kad kawalan
- Peserta akan melakukan aktiviti sehinggalah peserta melawati semua titik kawalan.
- Titik kawalan biasanya akan ditandakan dengan beberapa warna tertentu seperti putih untuk mereka yang abru belajar dan merah bagi mereka yang telah mahir.
MATLAMAT

- Mendedahkan kepada peserta tentang alam semulajadi
- Membolehkan mereka memperolehi pengetahuan dan keseronokan

OBJEKTIF

- Membina sikap kerjasama, kepimpinan dan kecekapan berfikir.
- Memperolehi pengetahuan membaca peta dan kompas.
- Untuk keseronokan dan menguji tahap kemahiran peserta.
KEBAIKAN ORIENTEERING

- Meningkatkan kecergasan fizikal.
- Meningkatkan kecerdasan mental dan daya tumpuan.
- Memberi cabaran dan keseronokan.
- Membina keyakinan diri dan sikap positif.
- Meningkatkan kemahiran membaca peta dan kompas.
- Memupuk sifat keberanian dan ketenangan di dalam keadaan cemas.
PROSEDUR AKTIVITI

1. Aktiviti
· Memperkenalkan kompas
· Memperkenalkan cara penggunaan kompas
· Memperkenalkan peta
· Menunjukkan cara mencari sesuatu ‘point’, ‘klu’, dengan bantuan kompas daan peta.
Cara aktiviti dijalankan:
· Setiap kumpulan mengandungi antara 15-21 orang peserta
· Kumpulan tersebut akan bergerak ke ‘check point’ yang pertama berdasarkan maklumat di dalam kad kawalan pertama yang di berikan oleh petunjuk cara.
· Kumpulan tersebut perlu mencari kedudukan ‘check point’ kedua bagi mendapatkan kad kawalan kedua yang akan membawa mereka ke ‘check point’ ketiga. Kad kawalan ini akan di sorokkan di setiap ‘check point’ dan kumpulan perlu mendapatkannya bagi membolehkan mereka menghabiskan kesemua ‘check point’ yang telah ditetapkan.
· Satu lakaran perjalanan hendaklah di buat berdasarkan perjalanan orienteering tersebut dan lakaran tersebut hendaklah diserahkan kepada urusetia.
· Penentuan pemenang dilakukan berdasarkan masa terpantas yang di ambil oleh setiap kumpulan.
2. Peralatan
· Kompas orienteering/primastik
· Parang
· Peralatan pertolongan cemas
· Botol air
· Kasut yang sesuai
· Wisel ( setiap peserta )
· Alat tulis dan buku nota kecil
· Pakaian yang sesuai
· Lain-lain alatan yang difikirkan perlu.
3. Jenis-jenis orienteering
· Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
· Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
· Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
· Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
· Orienteering Malam (Night Orienteering)
· Orienteering Berganti-Ganti (Relay O

Friday, September 4, 2009

PERJUMPAAN KO

Tajuk: PENGURUSAN PERTANDINGAN.

DALAM PERTANDINAGAN MST ADA.........
1)pengadil
- lau takde camne nak tentukan sape menang atau kalah..
2)hadiah
- ni penting dah bertanding sungguh2 mst ada hadiah baru semangat nak menang...
3)peraturan
-ni paling mustahak sebab lau ada peraturan baru la berjalan ngan lancar semua nya..
4)makanan
-very2 important sebab dah main penat2 xkan xde makanan,,bahaya nnt semua orang mengamuk..dan yang paling penting..kena tahu selera atau kehendak orang ramai mengikut negara itu kalau penganjuran yang besar contoh nya sukan komanwel....
5)penyokong
- penyokong mainkan peranan yang penting..sebagai mativate atau pembakar semangat pasukan yang di sokong...
6)ETLIT
-ni paling utama..takde etlit takde la pertandingan, dan mesti ada persaingan baru adpat mengukur tahap pencapaian seseorang etlit.


NAK WAT PERTANDINGAN MST ADA ASASNYA, NAK TAHU BACA NIE....

1- PENDAFTARAN.
2- SUSUN ATUR PERTANDINGAN.
-KALAH MATI
-YANG KALAH BLEH MAIN LAGI.
3- KEMUDAHAN TERMASUKLAH:
-PENGINAPAN
-TEMPAT LETAK KENDERAAN.
-PERKHIDMATAN SUKARELAWAN.
- KEMUDAHAN ASAS MENYELURUH SESUAI UNTUK SEMUA ETNIK.
- KESELAMATAN PARA ETLIT.
-GELANGGANG TEMPAT BERTANDING.
4- BANTUAN KECEMASAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN.

Monday, August 31, 2009

Firts Aid & Safety

27 /08/2009


khamis (5.00-7.00)





Bantuan Kecemasan atau First Aid

Bantuan ini penting sebelum mangsa mendapatkan rawatan yang sewajarnya atau ambulan sampai...tetapi make sure kalau nak tolong tu biar tahu betul2 tentang cara2 yang betul.. silap langkah boleh menyebabkan kehilangan nyawa...sape susah???mereka n keluarge mereka jgak yg susah...



Sebelum tu kite kenal apa dia barang2 yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas....

a)splints

b)triangular bandaage

c)antiseptic

d)adhesive bandage dll.

Langkah2 untuk memberi bantuan:

1)periksa nadi pesakit samada masih berdenyut atau tidak.

2)jika tidak biar kan mangsa hingga pihak polis datang..jika ada langkah seterusnya

3)lihat kecederaan, dan minta bantuan untuk memindahkan mangsa dari tempat kejadian ke kawasan lapang

4)berikan rawatan seperti bantuan penafasan, jika patah berhati hati semasa mengangkat mangsa.lapikkan bahagian yang patang dengan benda keras dan lurus kemudian balut bersama sama, ini bertujuan menyokong bahagian yang patah.

5)jika berlaku pendarahan, jika pandarahan kecil tekan dengan jari atau pendarahan besar balut luka tersebut dengan kain yang bersih untuk memberhentikan pendarahan.

6)tunggu sehingga ambulan datang

Wednesday, August 19, 2009

kelas kayak ari Sabtu...



Orang g dating ktorang g main kayak....wawawawawa
pg2 lg ktorang dah sampai kat tasek...tapi ada jugak yang lambat..
tp EN. xmarah...spoting la katakan...hehehe
ari tu EN. ajar cam ne nak terbalikkan kayak, pastu kuar dari kayak,
pastu ter balikkan kayak keatas, pastu masuk balik dalam kayak ikut dari belakakang...
berapa banyak pastu daaaa...

letih jugak la main air...sampai kembong purut ni telan air tasek..yang xberepa manis tu....
lepas budak laki wat...budak pempuan lak wat...ramai jaguk la yang karam...heheheh..aku pn sama...malu den,,,,ye la budak baru belajar..

dah setel semua....kt orang wat mini XPDC tapi kali ni jauh skit sampai ke kampung sebelah...heheheh...
memang best la kayak time 2...rugi sape xdatang...akhir skali lepas kul 12 kt orang pun bersurai...
g seksyen 2 minum laici kang...pergh,,,,,,nimat nya Malaysia...hahaha

kelas Kayak Ngan en. MUis


frist time klas agak berdebar jugak la...
sebab en. suh terangkan pasal kayak..
selamat la igt skit - skit pasal part2 kat kayak 2.
hahahaha....sempoi la

pas terangkan ktorang wat mini XPDC kat tasek Shah ALAm...best giler...
berkayak sambil cuci mata...hehehe..
tapi letih la pusing satu tasek...aduh..
tapi yang xsedapnya barang2 berherga semua tinggal kat tmpat simpan kayak...
tawakal je la time 2...tp slamat la ada geng2 yang x main kayak...so diorang tlg tgk2kan...

Sunday, July 19, 2009

WHAT MEAN RECREATION??

Recreation or fun is the expenditure of time in a manner designed for therapeutic refreshment of one's body or mind. While leisure is more likely a form of entertainment or sleep, recreation is active for the participant but in a refreshing and diverting manner. As people in the world's wealthier regions lead increasingly sedentary life styles, the need for recreation has increased. The rise of so called active vacations exemplifies this.

ROWING









Rowing is a sport in which athletes race against each other on rivers, lakes or on the ocean, depending upon the type of race and the discipline. The boats are propelled by the reaction forces on the oar blades as they are pushed against the water. The sport can be both recreational, focusing on learning the techniques required[1], and competitive where overall fitness plays a large role. It is also one of the oldest Olympic sports. In the United States, high school and collegiate rowing is sometimes referred to as crew.

KAYAK














A kayak is a small human-powered boat. It typically has a covered deck, and a cockpit covered by a spraydeck also known as a skirt. The kayak was used by the native Ainu, Aleut and Eskimo hunters in sub-Arctic regions of northeastern Asia, North America and Greenland. It historically was, and often still is, propelled by a double-bladed paddle in the hands of a sitting paddler. Modern kayaks come in a wide variety of designs and materials for specialized purposes. Kayaks are in some parts of the world referred to as canoes.